Cara Elak Banyak Kesalahan Ejaan Bila Buat Poster / Infografik Guna AI
➡️ 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟭: 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗡𝗔
😊👉🏻 Jika betul di sini, poster hampir pasti bersih daripada kesalahan ejaan.
▶️▶️ 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞 𝟭: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗔𝗜 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦
Suruh AI tulis semua teks dahulu.
Gunakan prompt ini:
😊👉🏻 “Tulis semua teks untuk poster Hari Guru yang kemas dan profesional merangkumi:
– Tajuk utama
– Subtajuk
– Isi penting
– Tarikh, masa, tempat
– Slogan (jika sesuai)
Gunakan Bahasa Melayu baku yang tepat.
Susun teks seperti format poster.
Jangan jana visual lagi.”
📌 Penting untuk cikgu tahu:
👉 Selepas teks ini dijana dan sudah kemas, barulah guna teks tersebut untuk menjana poster / visual.
Kenapa teknik ini berkesan?
Sebab AI fokus pada bahasa dahulu — bukan terus lompat ke visual.
▶️▶️ 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞 𝟮: 𝗣𝗔𝗞𝗦𝗔 𝗔𝗜 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗘𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗜𝗨𝗦
Tambahkan ayat ini dalam setiap prompt:
😊👉🏻 “Pastikan semua ejaan Bahasa Melayu adalah tepat. Gunakan bahasa baku. Semak ejaan dan ayat sebelum beri jawapan.”
Kesan:
AI akan lebih berhati-hati dan kurang buat kesalahan remeh.
▶️▶️ 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞 𝟯: 𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜
Ini teknik paling ‘power’ tapi ramai tak guna.
Prompt contoh:
😊👉🏻 “Hasilkan teks poster Hari Anugerah Cemerlang. Selepas siap, semak semula semua ayat, ejaan dan tanda baca. Betulkan sebarang kesalahan sebelum beri versi akhir kepada saya.”
Hasilnya:
AI bukan sekadar tulis, tapi jadi editor untuk cikgu sekali.
➡️ 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟮: 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗡𝗔
(Jarang perlu jika Fasa 1 dibuat betul, tetapi sangat berguna jika masih ada typo.)
▶️▶️ 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞 𝟰: 𝗚𝗨𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗦 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗘𝗥
Upload poster dan guna arahan ini:
😊👉🏻 “Baca semua teks dalam poster ini.
Salin semula semua teks. Betulkan semua kesalahan ejaan dan ayat. Berikan versi teks yang telah diperbetulkan sepenuhnya.”
Lepas itu, jana semula poster menggunakan teks yang sudah bersih.
▶️➡️ 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞 𝟱: 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗩𝗜𝗦𝗨𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔, 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦 𝗜𝗡𝗜
Tambahkan dalam prompt poster/image:
😊👉🏻 “Anggap ini bahan rasmi sekolah.
Sebarang kesalahan ejaan dianggap kegagalan kualiti.
Gunakan teks ini secara literal tanpa mengubah walau satu huruf. Jangan tambah, jangan ubah, jangan reka semula perkataan.”
Kesan:
AI akan ikut teks 100% dan jadi jauh lebih teliti.
𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗡𝗬𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞
✅ Tak perlu edit manual satu-satu
✅ Tak perlu Canva OCR
✅ Tak perlu Google Lens
✅ Tak perlu jana ulang banyak kali
✅ Hanya perlu guna arahan yang betul sejak awal
Sumber FB Teacher Vironica
